Friday, March 27, 2020

UJIAN LENCANA KERIS GANGSA - PKK

LENCANA KERIS GANGSA

   



Skima LENCANA KEMAJUAN - KERIS GANGSA

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. 

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap kanak-Kanak itu mestilah mendapatkan 
lencana Keahlian dan Lencana Wajib dahulu.


(A)    KESETIAAN


1.          Menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara ku" dan memahami
bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan.
2.         Mengenal Bendera Malaysia  dan Bendera Negeri dimana pengakap kanak-kanak itu berada.
3.         Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia.
4.         Mengenal nama penuh kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong pemimpin Pengakap kanak-Kanak kumpulannya. 
5.         Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya.


(B)   KESIHATAN DAN KESELAMATAN

1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri.
2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi  oleh orang yang  tidak dikenali.
3. Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam. 
4.  Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.
5.  Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Bomba dan Penyelamat, doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran.
6.   Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.


(C)    KECEKAPAN

1.    Mengetahui Latihan Asas Kawad  Kaki.
2.   Mengetahui cara memanjat tali 9 tinggi tali tidak lebih dari 3 meter )
3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awwam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, teksi, balai Bomba, Balai polis, Pejabat pos dan lain-lain. 
4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti lencana Keahlian, Lencana  Malaysia, Lencana Wajib, Nombor kumpulan, nama Daerah dan Negeri.
5. Mengetahui segala isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda Isyarat Sulit Pengakap seperti ' ikut arah ini', 'jangan ikut arah ini', 'di sini ada air', ' tunggu di sini',  dan 'saya sudah pulang'.
6. Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila, dan kegunaannya.  


(D)   PENYERTAAN


1.    Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-Kanak telah membaca sekrang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada pemimpin Pengakapnya.
2.   Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.
3.   Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut;  mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan.


(E)   PERKHIDMATAN


1.    Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan ( pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log).
2.   Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah  (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log)
                                           


                      LENCANA KEGEMARAN 



(Dapatkan dua daripada kategori ini)

1.             Ahli koleksi hobi
2.             Ahli kraftangan
3.             Peladang kecil
4.             Pelukis
5.             Pembaca buku
6.             Penghibur




.............................................................................................................................


                                BUKU LOG

                        LENCANA KERIS GANGSA
















                                   Photo
      
                         MAKLUMAT PERIBADI

MAKLUMAT DIRI :

1.    Nama Penuh                         : …………………………………………………………………

2.   Nombor Surat Beranak        : …………………………………………………………………

3.   Tarikh Lahir                        : …………………………………………………………………

4.   Umur                                   : …………………………………………………………………

5.   Tempat Lahir                      : …………………………………………………………………

6.   No.Telefon Rumah              : …………………………………………………………………

7.   Alamat Rumah                    : …………………………………………………………………
                                                  ………………………………………………………………..

8.   Penyakit ( Jika Ada )         : ………………………………………...……………………….

9. Alahan                               : ……………………..…………………………………………..

10. Kegemaran                        : …………………………………………………………………

11. Cita – Cita                         : …………………………………………………………………

12. Moto                                : …………………………………………………………………



No. Kumpulan                         : …………………………………………………………………

No Pendafataran Kumpulan    : …………………………………………………………………

Nama Sekolah                        : …………………………………………………………………

No. Tel Sekolah                     : ....................................................................

Nama Pemimpin                      : …………………………………………………………………



MAKLUMAT KELUARGA :

1. Nama Bapa                        : …………………………………………………………………

2. No. Telefon                      : …………………………………………………………………

3. Pekerjaan Bapa                 : ……………...………………………………………….………


4. Nama Ibu                         : …………………………………………………………………

5. No. Telefon                      : …………………………………………………………………

6. Pekerjaan Ibu                  : …………………………………………………………………


7.   Bilangan Adik Beradik    : ………………………...……………………………………….



BAHAGIAN  A:       ( KESETIAAN ) 

A1.  Menyanyikan Lagu Kebangsaan “ Negara Ku “ dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan


ARAHAN 1 : Nyanyikan lagu ini dengan intonasi yang betul


NEGARAKU,
TANAH TUMPAHNYA  DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU

RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA



ARAHAN 2 : Tuliskan dua cara menghormati lagu ini ketika
   ianya dinyanyikan.

1. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku
2. Luruskan tangan di sisi



A2.  Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada.

                                    BENDERA MALAYSIA







ARAHAN 1 : Lukiskan Bendera Malaysia Dan Bendera Negeri dalam kotak yang diberikan kemudian warnakan dengan betul.







     Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat  dan kewarganegaraan bagi sebuah negara. Jalur Gemilang terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.
     Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu.



BENDERA NEGERI SELANGOR







Lagu Negeri Selangor


Duli Yang Maha Mulia

Selamat di atas takhta

Allah lanjutkan usia Tuanku

Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku

Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa

Duli Yang Maha Mulia



Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang keempat Sultan Abdul Samad (1859-1898). Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Kuning  adalah melambangkan warna DiRaja. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri Selangor. Warna putih malambangkan kesucian agama Islam.



A3.  Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia
             
ARAHAN 1 : Warnakan Lambang Pengakap Malaysia di bawah dengan warna yang betul.









ARAHAN 2 : Berikan maksud pada lambang tersebut :

1.    WARNA KUNING       : Pengakap Kanak-Kanak
2.   WARNA HIJAU          : Pengakap Muda
3.   WARNA MERAH          : Pengakap Remaja
4.   TIGA CABANG DAUN : 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
·  Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
·  Menolong orang pada setiap masa,
·  Menurut undang-undang Pengakap

5.   DUA BINTANG PECAH 5     Menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh
  
6.   TALI  : melambangkan ‘ Perpaduan Rakyat Malaysia  
                  dan Persaudaraan Pengakap Sedunia’

7.   BINTANG PECAH 14   melambangkan "Kesemua negeri dan Wilayah                                              Persekutuan dalam Malaysia"
 
8.   PENGIKAT CABANG : melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

9. BULAN SABIT  : menandakan ‘ Agama Islam sebagai Agama rasmi 
                                Negara ‘.



A4.  Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak Kumpulannya.

ARAHAN  1 : Berikan nama penuh individu di bawah dengan betul



1. Nama Kuasa Penganjur / Guru Besar :

NAMA
JAWATAN / COP








2. Nama Pemimpin Kumpulan :

NAMA
JAWATAN / COP







3. Nama Penolong Pemimpin :

BIL
NAMA
JAWATAN
1
2
3
4
5


6


7


8




A5.  Mengetahui agama – agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggal anda.
ARAHAN : Lengkapkan Agama yang terdapat di Malaysia di bawah ini Dan tampalkan gambar tempat ibadat dalam ruang yang disediakan.


1.NAMA AGAMA





ISLAM
GAMBAR TEMPAT IBADAT
MASJID



2. NAMA AGAMA
GAMBAR TEMPAT IBADAT
HINDU

KUIL


3. NAMA AGAMA
GAMBAR TEMPAT IBADAT
BUDDHA
TOKONG


4.NAMA AGAMA
GAMBAR TEMPAT IBADAT

KRISTIAN
GEREJA




BAHAGIAN B :       ( KESIHATAN & KESELAMATAN )


B1.  Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri.

ARAHAN 1 : Tuliskan 5 kepentingan menjaga kesihatan diri.

Apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik;

1.    Kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka.
2.   Kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan.
3.   Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. 
4.   Kita dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti.  
5.   Badan yang sihat menjadikan otak yang cerdas.



ARAHAN 2 : Tuliskan 5 kepentingan menjaga kebersihan tubuh.

1.    Kita dapat menghindari penyakit.
2.   Dapat mengelakkan penyakit merebak kepada orang lain
3.   Kita dapat menonjolkan imej atau perwatakan yang menarik.
4.   Kita juga akan sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi.
5.   Rakyat yang bersih dan sihat dapat membina negara yang bersih, sihat dan produktif.



ARAHAN 3 : Tuliskan 5 cara menjaga kebersihan tubuh.

1.    Pastikan kuku anda sentiasa kemas dan pendek.
2.   Gosok seluruh badan dengan sabun semasa mandi, terutamanya di celah-celah ketiak dan kelengkang.
3.   Pastikan rambut lelaki sentiasa dipotong pendek. Bagi perempuan yang berambut panjang, pastikan anda membuat tocang / mengikat dengan kemas.
4.   Selepas mandi, lap badan sehingga kering dan cuci telinga dengan berhati-hati.
5.   Jangan sesekali berkongsi sikat dengan rakan atau adik-beradik kerana ini akan memudahkan jangkitan misalnya kutu dan penyakit kulit.




B2.  Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi  oleh orang yang  tidak dikenali.
   
ARAHAN 1 : Tuliskan 5 larangan bagi mengelakkan diri daripada terdedah dalam bahaya menelan pil / gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali.

1.    Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah. Jika didesak juga, lari dan jerit minta tolong.   
2.   Jangan tumpang orang yang tidak dikenali sama ada kereta, motor atau basikal.   
3.   Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, jiran, jaga sekolah atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan mereka.
4.   Pengakap digalakkan untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa.
5.   Pengakap mesti menjauhi orang yang tidak dikenali.




B3.  Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam. 


ARAHAN 1 : Tuliskan 5 cara mengelakkan diri daripada tercedera akibat bermain benda-benda tajam.

1.    Dilarang bermain dengan mata pisau kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada tubuh badan jika tidak digunakan dengan berhati-hati atau menggunakan secara cuai.
2.   Penggunaan pisau haruslah dengan pengawasan orang dewasa.
3.   Selepas digunakan, pisau hendaklah dibersihkan dan disimpan di tempat yang selamat.
4.   Kanak-kanak perlu menggunakan benda tajam dengan berhati-hati.
5.   Pisau yang hendak digunakan haruslah tidak berkarat.




B4.  Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang  
      mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan  
      sendiri, meriam buluh dan bunga api.


ARAHAN 1 : Tuliskan 3 contoh bahan letupan.

1.    Mercun
2.   Meriam Buluh
3.   Bom




ARAHAN 2 : Tuliskan 5 cara mengelakkan diri daripada bahaya  
                       bermain bahan letupan.

1.    Menyimpan bahan letupan jauh daripada kanak-kanak.
2.   Elakkan menyimpan bahan letupan berdekatan suhu yang tinggi.
3.   Jika bermain bahan letupan seperti mercun, harus bermain dengan pengawasan orang dewasa.
4.   Menyimpan bahan letupan mengikut langkah keselamatan yang ditetapkan.
5.   Jangan membeli bahan letupan yang berbahaya.


ARAHAN 3 : Tuliskan 5 kesan bermain bahan letupan.

1.    Boleh menyebabkan kebakaran rumah.
2.   Boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan.
3.   Mencemarkan alam sekitar.
4.   Boleh menrosakkan harta benda.
5.   Boleh membawa kematian.





B5.  Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan  
      jika berlaku kemalangan,mendapatkan alamat dan nombor  
      telefon Balai Bomba dan Penyelamat, doktor dan Rumah  
      Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya  
      yang tinggal berhampiran.

ARAHAN 1 : Senaraikan talian pertolongan kecemasan.



IPD KUALA LANGAT




PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA LANGAT



HOSPITAL BANTING DAERAH KUALA LANGAT





BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH KUALA LANGAT




ARAHAN 2 : Tuliskan bagaimana mendapat bantuan pertolongan

1.    Meminjam telefon bimbit kawan/jiran lalu melaporkan kecemasan.
2.   Mendapatkan bantuan daripada orang yang berdekatan untuk melapor kejadian.
3.   Meminta bantuan orang dewasa mengambil tindakan yang sewajarnya.
4.   Kita boleh memberi pertolongan cemas jika kita tahu dan mempunyai pengetahuan pertolongan cemas.
5.   Meminta orang lain di tempat kejadian memberi pertolongan cemas 



ARAHAN 3 : Tuliskan maklumat penting yang perlu anda tahu jika beraku kecemasan.

1.    NO. TELEFON TEMPAT KERJA IBU: ...................................
2.   NO. TELEFON BIMBIT IBU: .............................................................
3.   NO TELEFON TEMPAT KERJA AYAH: ...............................
4.   NO. TELEFON BIMBIT AYAH: .......................................................
5.   NO. TELEFON JIRAN: ........................................................
6.   NO TELEFON SAHABAT: ...................................................
7.   NO TELEFON SEKOLAH: ...................................................
8.   NO TELEFON ABANG: .....................................................
9.   NO TELEFON KAKAK: ......................................................
10 NO. TELEFON KECEMASAN :…………………………………….





B6.        Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.


ARAHAN 1 : Tuliskan peraturan berjalan kaki menyeberang jalan raya, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.

1.    Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada.
2.   Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan).
3.   Lihat kekanan, kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu.
4.   Jangan bermain-main diatas jalanraya atau dilorong pejalan kaki.
5.   Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong.


ARAHAN 2 : Tuliskan peraturan berbasikal menyeberang jalan raya, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.


1.   Tentukan basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.
2.   Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
3.   Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.
4.   Tunggang dalam satu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.
5.   Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada di atas pengayuh.



ARAHAN 3 : Tuliskan peraturan di tempat meunggu bas.

1.    Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
2.   Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
3.   Hendaklah berbaris untuk menaiki bas.
4.   Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas.
5.   Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.





BAHAGIAN C :       ( KECEKAPAN )


C1.  Mengetahui Latihan Asas Kawad  Kaki.

ARAHAN 1 : Lukiskan dan tulis asas kawad kaki.



SEDIA





SENANG DIRI





REHATKAN DIRI






PUSING KE KANAN






PUSING KE KIRI







HADAPAN LURUS







KE KANAN LURUS






PUSING KE BELAKANG






C2.  Mengetahui cara memanjat tali (tidak lebih dari 3 meter)


ARAHAN 1 : Tuliskan cara memanjat tali.

Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki. Cara melakukan aktiviti ini adalah dengan :-
1.       Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.
2.      Gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-dua belah kaki untuk bertahan.
3.      Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke  bahagian atas tali sekaligus menarik badan keatas.
4.      Seterusnya gunakan tangan untuk bertahan sementara  kaki dinaikan menurut  tali.
5.      Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.






C3.  Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, teksi, balai Bomba, Balai polis, Pejabat pos dan lain-lain.

ARAHAN 1 : Senaraikan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggal kamu.



Majlis Daerah Kuala Langat

Jalan Sultan Alam Shah & Persiaran Majlis, Taman Budiman, 42700 Banting, Selangor.



PPD Kuala Langat

Banting, 42700 Banting, Selangor

03-3181 8792






Stesen Bas Banting

Banting, 42700 Banting, Selangor





Perpustakaan Awam Kuala Langat

Banting, 42700 Banting, Selangor




Pasar Awam Banting


Jalan Sentosa, Kawasan Perindustrian Banting, 42700 Banting, Selangor






Pejabat Pos Banting

101, Jalan Bunga Pekan 2, Taman Seri, 42700 Banting, Selangor







C4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti lencana Keahlian,  Lencana  Malaysia, Lencana Wajib, Nombor kumpulan, nama Daerah dan Negeri.


ARAHAN 1 : Tuliskan cara kamu menjaga pakaian seragam pengakap  
               
1………………………………………………………………………………….……………………..
2……………………………………………………………………………………………………….
3…………………………………………………………………………………………………………
4………………………………………………………………………………………………………….
5………………………………………………………………………………………………………..
6………………………………………………………………………………………………………..



ARAHAN 2 : Lukiskan / tampal gambar cara memakai lencana   
                     pengakap yang betul.






















C5. Mengetahui segala isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda Isyarat Sulit Pengakap seperti ' ikut arah ini', 'jangan ikut arah ini', 'di sini ada air', ' tunggu di sini',  dan 'saya sudah pulang'.



ARAHAN 1 : Lukiskan dan tulis isyarat sulit pengakap.

                              



ARAHAN 2 : Tuliskan kegunaan isyarat sulit pengakap.

Isyarat sulit pengakap sangat berguna kepada Pengakap,  terutama apabila mengembara di dalam hutan dan mendaki bukit.  Ini bertujuan untuk mengelakkan tersesat dan membantu rakan lain untuk mengikuti jejaknya.  Isyarat ini diperbuat dari batu, ranting kayu, rumput, atau dilorekkan di atas tanah dan sebagainya.




C6. Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila, dan kegunaannya.  


ARAHAN 1 : Lukiskan cara mengikat Simpul Buku Sila.




ARAHAN 2 : Tuliskan kegunaan Simpul Buku Sila. 

Kegunaan Simpul Buku Sila
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.





BAHAGIAN D :       (PENYERTAAN )


D1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-Kanak telah membaca sekrang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada pemimpin Pengakapnya.

ARAHAN 1 : Fotostat dan tampal kad ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam
















ARAHAN 2 : Fotostat dan tampal Surat Pelantikan Perpustakawan Sekolah / Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah















ARAHAN 3 : Baca sekurang-kurangnya 3 buah buku dan ceritakan kepada Pemimpin dan ahli sekawan kamu. 



ARAHAN 4 : Tuliskan secara ringkas tentang buku cerita yang telah anda baca. 

Buku 1: (Tajuk)………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………..……………………
……………………………………………………………………………………………………………..……………………





Buku 2: (Tajuk)………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………..



Buku 3: (Tajuk)………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………..……………………
……………………………………………………………………………………………………………..……………………
……………………………………………………………………………………………………………..……………………






D2.Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.


ARAHAN 1 : Lukiskan gambar barang permainan rekaan kamu dari bahan terbuang.














ARAHAN 2 : Tuliskan cara kamu membuat barang permainan rekaan kamu dari bahan terbuang.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….





D3.Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut;  mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan.


ARAHAN 1 : Tunjukkan bukti / fotostat buku akaun simpanan kepada pemimpin kamu.














NAMA BANK:....................................................................................................

NO. AKAUN:......................................................................................................


ARAHAN 2 : Tulis dan terangkan cara-cara kamu membuka buku akaun simpanan kepada pemimpin kamu.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….



ARAHAN 3 : Tuliskan cara-cara kamu menyimpan wang.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….………………………………






BAHAGIAN E :       ( PERKHIDMATAN )
   

E1. Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan ( pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log).


ARAHAN 1 : Tampal gambar kamu membantu ibubapa di rumah.



































ARAHAN 2 : Senaraikan tugas yang kamu bantu ibubapa di rumah.

1.…………………………………………………………………………………………………………………………2…………………………………………………………………………………………………………………………3……………………………………………………………………………………………………………………….
4…………………………………………………………………………………………………………………………5…………………………………………………………………………………………………………………………6………………………………………………………………………………………………………………………



ARAHAN 3 : Dapatkan pengesahan daripada ibubapa kamu bahawa kamu telah membuat kerja dengan memuaskan membantu ibubapa di rumah.

Dengan ini disahkan bahawa   ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………






E2. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah  (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log)


ARAHAN 1 : Tampal gambar kamu membantu guru / kakitangan sekolah menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

































ARAHAN 2 : Senaraikan tugas kamu bantu guru / kakitangan sekolah menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

1.…………………………………………………………………………………………………………………………2…………………………………………………………………………………………………………………………3……………………………………………………………………………………………………………………….
4…………………………………………………………………………………………………………………………5…………………………………………………………………………………………………………………………6………………………………………………………………………………………………………………………



ARAHAN 3 : Dapatkan pengesahan daripada guru / kakitangan sekolah yang kamu telah membantu menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
Dengan ini disahkan bahawa   ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


Sumber  & Penghargaan:


Mohon kongsi maklumat tuan demi kemajuan Persekutuan Pengakap Malaysia. Terima kasih tuan.


.....................................................................TAMAT.....................................................................